DuNi@ H@Ri InI...


AYAM BAKAR SERI MERCHANG


 First entry ni ialah ayam bakar..resepi ni diberi nama AYAM BAKAR SERI MERCHANG adalah disebabkan resepi ni datangnya dari keluarga belah hubby...so senang nak ingat nanti dan tahu manedatangnya resepi ni... :-) Jom kita kongsi resepi ni bersama...nanti nak wat BBQ senang laa..x yah pening-pening nak cari resepi lagi  :-) 

Bahan-bahan :
~ 2 ekor ayam
~ 10 ulas bawang merah
~ 10 tangkai cili kering
~ 2 paket rempah bunga raya
~ Gula secukup rasa
~ Garam secukup rasa
~ 5 batang serai
~ 2 inci halia
~ 2 inci lengkuas

Cara-cara :
Kisar semua bahan-bahan di atas, kemudian perap dengan ayam tadi, biarkan selama 3 hingga 4 jam, lagi lama lagi sedap kerana rempah akan meresap pada isi ayam tersebut.
Selepas itu boleh laa dibakar sehingga masak.
Boleh dimakan bersama nasi goreng atau mee goreng juga dimakan begitu saja.

Selamat Mencuba :-)

Leave a Reply