DuNi@ H@Ri InI...


C@R@ M@iNt@In PeRuT...

Salam...

Ape khabar semua...

Selamat berpuasa dari kami sekeluarga :-)

Hari nie 1st day puasa..pagi tadi kul 2.30 Auni Soleha dah jaga..batuk kuat sampai muntah...kesian kat dia..layan laa kejap..tengok jam dh 3 lebih..babah pun bangun sama..babah memang tak leh dengar anak batuk, terus jaga dan x leh tdo...

Alang-alang dh bgn semua...jd cerah mata pulak...baru nak g masak nasi tuk abah bgn kejut k nor...mama terus g dapur laa masak nasi, pastu k nor turun panas lauk dan masak air...

Sambil melayan Auni Soleha...sampai laa waktu sahur...Auni Saafia tak jaga langsung...sedap sgt tdo...babah kata dia tdo lewat mlm tadi...Pas sahur tunggu solat subuh dan babah terus landing...Auni Soleha pun sama laa mengambil tempat dia dan terus lena...

Mama pulak tak ngantuk dah sebab tdo awal mlm td..so spt biasa laptop ni laa jd peneman sewaktu semua dibuai mimpi...tdo sakan nampak..baru arini start puasa..dh x larat ker :-D

Dan spt biasa juga laa..FB, Blog, dan E-mail yang dibuka...dan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama ialah artikel yang dihantar ke email mama...Tips Maintain Perut Buncit...emmm mesti ramai kat luar sana nak tahu kan...terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin...anak dara insyaAllah maintain lagi...tapi untuk pengetahuan tak salah...boleh berhati2 sebelum menjadi buncit yer...ehehe


Jom kita kongsi tips dari Bengkung Moden...


1. Pakai bengkung + gel sireh semula , kalau boleh tiap-tiap hari siang + malam tak kira lah dalam ofis ber – aircond pun. Sebab bila pakai bengkung perut cepat kenyang setiap kali makan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkn kuantiti makanan yang di ambil.

2. Lebihkan minum air suam. Kalau nak minum air manis cuba ambil jus kurma atau jus pegaga., atau milo panas, horlick atau lai chi kang panas / longan panas. Jus kurma, pegaga dan longan tu boleh membantu untuk tambah susu ibu.

3.  Cuba ambil makanan alternatif = buah kurma dan kismis sebagai kudapan.Selain membantu tambah susu ibu, kurma juga boleh memberikan tenaga.

4. Selain dari tips diatas akak juga selalu sarankan pada pelanggan supaya pakai bengkung secepat yang boleh bila terasa perut dah mula nak naik. Pakai secara berterusan sampai perut rasa dah ok semula.

5. Juga, pakai bengkung 24 jam siang dan malam bila period.

6. Dan… tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Pakai bengkung sepanjang waktu bulan Ramadhan sampai habis Syawal. Sebabnya ramadhan memang kita kurang makan tapi banyak makan waktu malam. Lepas tu sambung pula makan sakan sepanjang Syawal sebab banyak open house. Bila pakai bngkung tak lah larat sangat nak makan banyak-banyak.

7. Boleh juga cuba makan jamu, tapi pastikan dulu yang ianya selamat untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Mmm amacam..ok tak...kalo nak tahu betul atau tidak..kita sama-sama mencuba...baru kita tahu ape kesannya... :)

Dan ini satu lagi artikel daripada Kevinzahri...

  1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

  2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

  3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

  4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

  5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !

  6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

  7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

  8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
Dan ini adalah makanan yang disarankan...

1. Blueberries
Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.

2. Salad
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

3. AlmondsMUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.

4. Salmon
Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

5. Oatmeal
Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.

Oklah...sampai disini dulu yer...harap dapat membantu anda yang mempunyai masalah sewaktu dengan ini...jangan sampai kita menjadi obesiti tahap yang serius...Dan satu pesanan dari saya...Buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini...

^..^ MeNcEg@h LeBiH B@iK DaRi MeNgUb@tInYa ^..^

Leave a Reply