DuNi@ H@Ri InI...


KoKo @ CoKL@T

first cklt

ASAL USUL KOKO
Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amazon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenalkan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOTAL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.
Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao daripada kepercayaan kegamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec, mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan  perdagangan, sementara Aztec pula mengaitkan dengan Quetzalcoatl, tuhan pencipta dan penyedia pertanian.
Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman coklat hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.

SEJARAH PERKEMBANGAN KOKO
Sejarah perkembangan koko di luar Amerika Selatan bermula dengan kedatangan pengembara-pengembara Eropah seperti Christopher Columbus. Eropah yang pertama menemui koko dan membawanya balik ke Eropah. Sungguhpun demikian perkembangan koko di Eropah hanya bermula apabila Hernando Cortez seorang pengembara Sepanyol mendarat di Mexico pada tahun 1519.
Kedatangan Cortez telah disambut baik oleh orang-orang Aztec.Cortez yang berkulit cerah dan bermisai itu dianggap kaum Aztec sebagai Quetzalcoatl, jelmaan tuhan mereka. 
Cortez dibawa mengadap Maharaja Aztec bernama Montezuma dan dihidangkan dengan minuman chocolatl, minuman istimewa maharaja   itu. Cortez kagum dengan status yang diberikan oleh kaum Aztec terhadap koko lalu membawanya balik bersama-samanya ke Sepanyol pada tahun 1528.
Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol menyimpan rahsia kegunaan koko daripada diketahui oleh negara-negara Eropah yang lain selama 100 tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan puteri Raja Sepanyol, Puteri Anne dengan Raja Perancis , Louis XIII, pada tahun 1615 telah menyebabkan koko tersebar kepada negara-negara Eropah yang lain. Puteri Anne telah membawa bersama-samanya rahsia membuat minuman daripada koko.
Selepas itu koko terus berkembang ke benua-benua lain, antaranya melalui kegiatan penjajahan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang Eropah seperti Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru, coklat juga turut berkembang di seluruh Eropah hingga ke Amerika Syarikat.

ASPEK-ASPEK KOKO
Koko ialah sejenis tanaman yang anih dan unik. Tanaman koko sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Pokoknya memerlukan suhu optimum antara 18°C hingga 32°C bagi pertumbuhan yang baik.
Pokok koko juga sentiasa memerlukan hujan. Taburan hujan yang diperlukan adalah antara 1,500 hingga 2,000 milimeter setahun. Bagaimanapun, hujan yang berlebihan pula akan mendedahkan tanaman koko kepada ancaman penyakit seperti mati rosot jejalur dan buah hitam.
Di samping itu, pokoko koko memerlukan jangka masa sinaran matahari antara 5 hingga 6 jam sehari. Keadaan kemarau yang  panjang, yang melebihi 3 bulan pula boleh mengurangkan hasil.
Oleh itu, kebanyakan kawasan tanaman koko didapati hanya tertumpu di kawasan garis lintang antara 10` Selatan dan 10` Utara dari garisan Khatulistiwa. Negara-negara pengeluar koko utama di dunia seperti Cote d`lvoire, Ghana, Nigeria, Indonesia, Brazil termasuklah Malaysia, terletak dalam lingkungan kawasan tersebut.

POKOK KOKO
Pokok koko ditanam daripada anak benih yang diperolehi daripada biji buah yang masak. Semaian biji benih mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk bercambah. Anak benih tersebut akan dibiakkan  di tapak semaian selama 4 hingga 6 bulan sebelum dialih ke ladang. Pokok-pokok koko akan mula menghasilkan buah apabila mencapai umur 2 hingga 3 tahun. Sepohon pokok koko boleh mencapai ketinggian 7 hingga 10 meter. Jangka hayat pokok koko ialah antara 25 hingga 30 tahun.
Pokok koko mempunyai batang utama dan dahan-dahan berbentuk kipas. Bunga terdapat di batang utama dan dahan kipas. Kudup bunga berwarna hijau-ungu. Bunga yang kembang berwarna keputihan.
Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakannya terdiri daripada jenis agas. Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah.
Buah akan masak dalam tempoh 5 hingga 6 bulan selepas proses persenyawaan. Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga kembang, maka bunga berkenaan akan gugur.
 
PENANAMAN KOKO
Koko boleh ditanam sebagai tanaman tunggal atau tanaman campuran bersama-sama tanaman lain seperti kelapa, kelapa sawit dan buah-buahan seperti durian. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk mempelbagaikan tanaman sebagai usaha meningkatkan pendapatan. Koko merupakan salah satu tanaman pertanian yang utama selepas kelapa sawit dan getah di Malaysia.
Koko boleh ditanam menggunakan dua jenis bahan tanaman iaitu klon dan hibrid (biji benih). Pokok hibrid merupakan pokok yang ditanam melalui biji benih, sementara pokok klon diperoleh hasil cantuman mata tunas atau keratan batang yang muda.
Kesemua atau sebahagian besar ciri-ciri berikut dimiliki oleh bahan-bahan tanaman yang baik
    Hasil yang tinggi. Biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji, gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah iaitu kurang daripada 13%. Kandungan lemak dalam biji melebihi 50` Mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama.
PENJAGAAN KOKO
Pokok-pokok koko memerlukan beberapa aktiviti penjagaan yang sistematik untuk memastikan hasil yang tinggi. Antaranya ialah penanaman pokok pelindung, kawalan rumpai, pemangkasan, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak dan penuaian.

Pokok Pelindung

Pokok koko merupakan sejenis tanaman yang memerlukan naungan atau pelindung. Pada peringkat awal, anak-anak pokok koko memerlukan antara 70% hingga 80% pelindung sementara. Pada peringkat dewasa pula, pokok-pokok koko memerlukan antara 30% hingga 40% pelindungi kekal. Keperluan ini membolehkan koko ditanam bersama-sama tanaman lain yang turut memberi nilai ekonomi seperti pokok kelapa atau pokok buah-buahan.
Bagi tanaman koko tunggal, pokok Gliricidia biasanya digunakan sebagai pelindung. Walau bagaimanapun, pokok-pokok pelindung ini tidak diperlukan bagi kawasan yang mempunyai taburan hujan yang cukup dan seragam serta kawasan yang bebas daripada tiupan angin kencang.

Kawalan Rumpai
Kawalan rumpai perlu dilakukan mengikut keperluan untuk memastikan kesuburan pokok-pokok koko. Kawalan rumpai ini biasanya dilakukan dengan menebas atau menggnakan racun rumpai.


PEMBAJAAN
Pembajaan ialah amalan pertanian yang penting. Pembajaann perlu bagi membekalkan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan dan kesuburan pokok. Pembajaan akan meningkatkan keupayaan pokok untuk mengeluarkan hasil yang banyak.Pembajaan adalah penting untuk membekalkan kadar nutrien yang mencukupi, bukan sahaja untuk keperluan tanaman tetapi juga untuk mengekalkan kesuburan tanah.
Kawalan Penyakit dan Perosak
Seperti tanaman lain, koko juga menghadapi masalah penyakit dan ancaman makhluk perosak. Pokok koko boleh diserang oleh berbagai-bagai penyakit dan makhluk perosak yang menyerang daun, batang, dahan dan akar. Serangga dan mamalia adalah perosak utama. Kulat pula adalah agen utama yang menyebabkan penyakit. Oleh itu ladang koko perlu sentiasa dijaga. Penyakit dan perosak boleh dikawal dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan bahan tanaman yang tahan kepada serangan penyakit atau perosak, menggunakan kawalan biologi atau menggunakan racun kimia. Di samping itu, amalan kebersihan ladang seperti memusnahkan punca jangkitan dan pemangkasan dahan yang kerap hendaklah sentiasa dijalankan.

Penuaian
Penuaian merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memetik buah masak daripada pokok. Biasanya buah dipetik dengan menggunakan alat pemotong yang tajam seperti gunting pokok, sabit atau parang. Musim menuai koko bermula pada musim buah banyak. Terdapat dua musim penuaian iaitu musim pertama atau musim pertengahan dan musim kedua atau musim utama. Musim pertama merupakan penuaian yang dijalankan pada pertengahan tahun, sementara musim kedua ialah penuaian pada hujung tahun. Di Malaysia, musim pertama adalah pada bulan April hingga Mei. Musim Kedua adalah dari bulan September hingga November. Musim kedua merupakan musim utama buah memuncak, yang berupaya mengeluarkan lebih 50% daripada jumlah pengeluaran dalam setahun.

BUAH KOKO
Mutu biji koko boleh dikawal pada peringkat awal dengan memetik hanya buah yang masak sahaja.  Buah yang belum masak biasanya berwarna hijau atau ungu kemerahan pada keseluruhan kulit buah. Buah ini masih belum sesuai dipetik kerana selepas diproses bijinya akan menjadi leper.
Semua jenis buah koko samada berwarna hijau atau merah atau ungu akan berwarna kekuning-kuningan di bahagian luar kulitnya ketika masak Buah koko yang keseluruhannya berwarna kuning menunjukkan buah tersebut sudah terlalu masak.Buah-buah koko tidak digalakkan dibiarkan sehingga terlalu masak kerana ada biji-biji koko yang akan bercambah.

CARA MEMETIK BUAH KOKO
Bunga yang akhirnya membesar menjadi buah koko berputik daripada tampok pada batang dan dahan yang dikenali sebagai tapak bunga. Kerja-kerja memetik perlu dilakukan dengan menggunakan gunting, sabit atau alat-alat tajam yang sesuai supaya tapak bunga tidak rosak

CARA MEMBELAH BUAH KOKO
Buah koko dibelah untuk mengeluarkan biji-biji koko yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sebiji buah koko mengandungi 30 hingga 50biji koko yang tersusun rapi di sekeliling plasenta. Biji-biji koko itu diselaputi lapisan lendir pulpa yang berwarna putih.
Buah-buah koko mestilah dibelah mengikut cara yang betul supaya biji-biji koko tidak rosak. Oleh itu penggunaan alat-alat tajam tidak digalakkan.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOKO
1) Makanan Lengkap dan Seimbang
Serbuk koko adalah produk yang dihasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko. Dianggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10 % lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8%theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E.
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin dan 11% vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
2) Benteng Kerosakan Gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut. Lemak koko di dalam coklat putih pula bertindak sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

3) Bukan Penyebab Kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.
Coklat bukanlah penyebab kegemukan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak. Kegemukan terjadi apabila pengambilan tenaga daripada pemakanan melebihi tenaga yang digunakan.
4) Baik Untuk Jantung
Koko adalah makan yang kaya dengan antioksidan flavanoids yang dapat mengurangkan risiko atherisclerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.

Coklat kosong atau coklat gelap mempunyai kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Anggaran 100 gram coklat kosong menyumbang 23% zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari.

Coklat gelap adalah lebih baik untuk jantung yang sihat berbanding dengan coklat putih kerana coklat gelap seberat 50 gram mengandungi 300 mg polifenol (poliphenol) berbanding dengan coklat susu yang sama berat hanya mengandungi 100 mg polifenol.
5) Mengawal Tekanan Darah
Coklat pahit mengandungiflavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah serta meningkatkan metabolisme badan untuk menukarkan gula di dalam makanan menjadi tenaga.

Coklat mengandungi kalium (potasium) yang tinggi. Bahan ini bertindak mempergiat tindakbalas biologi dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

6) Mengawal Kencing Manis
Kandungan antioksidan polifenol di dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis.

Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes. Coklat diabetik menggunakan 10% pes koko, 25% lemak koko serta pemanis tanpa nutrien.

7) Menghalang Jerawat dan Parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat dan mengurangkan parut.

8) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Koko kaya dengan flavanoids, bahan antioksidan yang membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan yang disebabkan serangan radikal bebas. Antara kesan serangan radikal bebas adalah penyakit jantung, barah dan proses penuaan. Kajian menunjukkan amalan memakan koko dan coklat boleh mengurangkan risiko penyakit berkenaan.

9) Baik Untuk Kulit
Lemak koko megandungi 34 hingga 36% asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35% asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

10) Menguatkan Tenaga Batin
Walaupun belum ada bukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat dapat mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia anugerah semula jadi paling enak.

ANDA INGIN TAHU FAKTA PEMAKANAN TENTANG COKLAT?
FAKTA PEMAKANAN COKLAT

Coklat Gelap Coklat Susu
Kalori (Kcal/100 g) 555.57 551.61
Lemak (g/100 g)
  • Monotaktepu
  • Politaktepu
  • Asid Lemak Trans
34.05
  • 32.42
  • 3.83
  • Nil
33.50
  • 31.96
  • 3.55
  • Nil
Protein (g/100 g) 7.02 9.25
Kelembapan (g/100 g) 0.36 1.14
Abu (g/100 g) 1.96 2.29
Karbohidrat (g/100 g) 53.90 52.75
Serat Kasar (crude fibre)(g/100 g) 2.71 1.09
Vitamin A (mg/100 g) 0.37 0.67
Vitamin B2 (mg/100 g) 0.33 0.57
Polifenol (mg GAE/100 g) 1656 370

SELEPAS MELIHAT FAKTA DI ATAS, TIDAKKAH ANDA TERUJA UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG COKLAT?
Daripada Biji Menjadi Coklat
Ermmm sedapnyaaa...!
 
first cklt

Read More

BeRs@HuR d@n BeRbUk@...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni masuk hari ketiga kita semua berada di bulan Ramadhan yang mulia ini...

Hari Pertama bersahur dan berbuka di rumah Tuk Abah
~ MeNu Bersahur : Nasi + Gulai Ayam + Milo + Tea O
~ MeNu Berbuka  : Nasi + Sup Daging Tulang + Sotong Bakar + Telur Dadar + Ayam Percik + macam- kuih tuk abah beli (onde2,akok,sagumpal,kerabu sere)  dan yang special sekali ialah Air Kelapa...fresh gtu..mama dan babah kait kat umah tuk mok...10 biji..fuhh..memang best..siap ambik, balik dan terus berbuka :-)

~ Terawih di Surau Kampung Tok Fakir
Best jugak..selama duk kg babah ni 1st time g surau tu..dekat jer...jalan kaki :-)

Hari Kedua bersahur di rumah Tuk Abah dan berbuka di rumah Tuk
~ MeNu Bersahur  : Nasi + Ayam Percik + Sup Daging Tulang + Telur Dadar + Milo 
~ MeNu Berbuka   : Nasi + Kari Ikan Merah + Ayam Goreng Berempah  + Durian (beli kat Bazar Pantai Batu Buruk)+ Jus Epal + Tea Ping + Kuih (tuk aji serban, donut, rojak)
Petang mama ngan mok su buat Jeruk Buah Sto dan malam Tuk buat Pulut Durian sebagai menu tambahan untuk kudapan lepas solat terawih :-)

~ Terawih di Markas
Ramai sangat orang sampai tak muat tempat solat...lepas solat diumumkan untuk perbesarkan Markas...so sape2 yang nak buat amal di bulan yang mulia ni leh laa masukkan dalam Tabung yang akan disediakan esok...Bagus juga tu :-)

Hari Ketiga bersahur di rumah Tuk dan berbuka di rumah sendiri
~ MeNu Bersahur  : Nasi + Kari Ikan Merah + Ayam Goreng Berempah + Telur Dadar + Roti Canai + Tea

~ MeNu Berbuka   : Belum ade menu lagi..ehehe kita kan baru sampai pagi tadi..so mama lum plan lagi nak masak ape hari ni..kena tanya babah dulu laa nak makan ape :-)

Dah berapa masakan telah dirasa di bulan yang mulia ni...emmm mesti lebih dari satu menu untuk santapan di waktu berbuka kan...bukan senang nak fikir menu yang lain setiap hari..namun pada tahun ni mama bersyukur sangat sebab mama menerima hadiah Buku Resepi daripada MAGGI..so harap2 tak de masalah laa dalam menyediakan MeNu untuk bersahur dan berbuka nanti :-)

Mama tak dapat nak uploadkan gambar Buku Resepi tu hari ni disebabkan ade sedikit masalah teknikal blog ni..gambar dah dimasukkan dalam laptop mama dan dah siap di edit tapi malang tak dapat nak upload..nanti kena report kat babah lg laa..x tahu ape masalah ngan laptop mama ni lagi...aduyaiii

Disebabkan gambar tak dapat nak diupload...so mama cadang nk stop cni dulu laa..ingat nak cerita ckit pasal Buku Resepi tu..maybe mama akan buat entry yang lain pulak nanti yer :-)

Jadi tajuk entry ni yang tadinya BuKu ReSePi terpaksalah ditukar sebab mmg tak relate langsung ngan entry ni..so mama pk just bg tajuk BeRs@huR dan BeRbUk@..ok jugak kan..sebab mama banyak bercerita pasal sahur dan berbuka saje...buku resepi tu mama buat entry baru nanti okkey :-)

Sehingga kita berjumpa lagi...


*(-: S@L@m S@y@nG Bu@T k@mU SeMu@ :-)*



Read More

C@R@ M@iNt@In PeRuT...

Salam...

Ape khabar semua...

Selamat berpuasa dari kami sekeluarga :-)

Hari nie 1st day puasa..pagi tadi kul 2.30 Auni Soleha dah jaga..batuk kuat sampai muntah...kesian kat dia..layan laa kejap..tengok jam dh 3 lebih..babah pun bangun sama..babah memang tak leh dengar anak batuk, terus jaga dan x leh tdo...

Alang-alang dh bgn semua...jd cerah mata pulak...baru nak g masak nasi tuk abah bgn kejut k nor...mama terus g dapur laa masak nasi, pastu k nor turun panas lauk dan masak air...

Sambil melayan Auni Soleha...sampai laa waktu sahur...Auni Saafia tak jaga langsung...sedap sgt tdo...babah kata dia tdo lewat mlm tadi...Pas sahur tunggu solat subuh dan babah terus landing...Auni Soleha pun sama laa mengambil tempat dia dan terus lena...

Mama pulak tak ngantuk dah sebab tdo awal mlm td..so spt biasa laptop ni laa jd peneman sewaktu semua dibuai mimpi...tdo sakan nampak..baru arini start puasa..dh x larat ker :-D

Dan spt biasa juga laa..FB, Blog, dan E-mail yang dibuka...dan sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama ialah artikel yang dihantar ke email mama...Tips Maintain Perut Buncit...emmm mesti ramai kat luar sana nak tahu kan...terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin...anak dara insyaAllah maintain lagi...tapi untuk pengetahuan tak salah...boleh berhati2 sebelum menjadi buncit yer...ehehe


Jom kita kongsi tips dari Bengkung Moden...


1. Pakai bengkung + gel sireh semula , kalau boleh tiap-tiap hari siang + malam tak kira lah dalam ofis ber – aircond pun. Sebab bila pakai bengkung perut cepat kenyang setiap kali makan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkn kuantiti makanan yang di ambil.

2. Lebihkan minum air suam. Kalau nak minum air manis cuba ambil jus kurma atau jus pegaga., atau milo panas, horlick atau lai chi kang panas / longan panas. Jus kurma, pegaga dan longan tu boleh membantu untuk tambah susu ibu.

3.  Cuba ambil makanan alternatif = buah kurma dan kismis sebagai kudapan.Selain membantu tambah susu ibu, kurma juga boleh memberikan tenaga.

4. Selain dari tips diatas akak juga selalu sarankan pada pelanggan supaya pakai bengkung secepat yang boleh bila terasa perut dah mula nak naik. Pakai secara berterusan sampai perut rasa dah ok semula.

5. Juga, pakai bengkung 24 jam siang dan malam bila period.

6. Dan… tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Pakai bengkung sepanjang waktu bulan Ramadhan sampai habis Syawal. Sebabnya ramadhan memang kita kurang makan tapi banyak makan waktu malam. Lepas tu sambung pula makan sakan sepanjang Syawal sebab banyak open house. Bila pakai bngkung tak lah larat sangat nak makan banyak-banyak.

7. Boleh juga cuba makan jamu, tapi pastikan dulu yang ianya selamat untuk diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Mmm amacam..ok tak...kalo nak tahu betul atau tidak..kita sama-sama mencuba...baru kita tahu ape kesannya... :)

Dan ini satu lagi artikel daripada Kevinzahri...

  1. Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

  2. Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

  3. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

  4. Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

  5. Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !

  6. Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

  7. Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

  8. Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
Dan ini adalah makanan yang disarankan...

1. Blueberries
Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.

2. Salad
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

3. AlmondsMUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.

4. Salmon
Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

5. Oatmeal
Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.

Oklah...sampai disini dulu yer...harap dapat membantu anda yang mempunyai masalah sewaktu dengan ini...jangan sampai kita menjadi obesiti tahap yang serius...Dan satu pesanan dari saya...Buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengelakkan sebarang penyakit yang tidak diingini...

^..^ MeNcEg@h LeBiH B@iK DaRi MeNgUb@tInYa ^..^

Read More

Far East Lyrics

Song Title:Menanti Di Barzakh

Artist / Band:Far East
Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

Read More

JADUAL GAJI BARU SSM 2012

 Jadual gaji baru SSM 2012 ini telah di rangka oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di syeksen kewangan. Dalam jadual gaji baru 2012 ini kami hanya menyediakan tangga kenaikan gaji dari gred n17, W17, 44, 48 dan 52.

Namun demikian bagi gred 17 kami hanya mendraftkan hingga T8 memandangkan tangga gaji gred 17 terlalu banyak.
Arahan penting : anda juga diminta untuk menyemak dan kira gaji selebihnya, sebab kami tidak memberikan selengkap nya ini kerana seperti gaji gred 17 tangga gajinya banyak dan berjela. Selain itu jika ada kesalahan sedikit itu biasa, mohon anda menyemaknya lebih telus. Perlu juga diingatkan matriks sebenar jadual kenaikan gaji baru SSM belum dikeluarkan oleh JPA, sekiranya kami mendapati ianya telah pun release insyallah kami akan kongsikan disini : dibawah hanya gambaran kiraan mengikut format tahun 2007 – gambaran tidak semestinya tepat

Jadual Gaji Baru SSM Gred N17 : 2012

Jadual Gaji Baru SSM Gred N17 2012

Jadual Kenaikan Gaji Baru SSM Gred W17 : 2012

Jadual Kenaikan Gaji Baru SSM Gred W17

Tangga Gaji SSM Gred 44 : 2012

Tangga Gaji SSM Gred 44 2012

Sifir Gaji SSM Gred 52 : Baru 2012

Sifir Gaji Baru SSM Gred 52 2011

Pekeliling Kiraan Gaji Baru SSM 2012 -JPA UPDATE TERBARU

Sila klik link Pekeliling Kiraan Gaji Baru SSM 2012 – JPA ini untuk melihat yang sebenar. Kiraan ramalan  jadual tangga gaji matriks gaji sudah berakhir. Kami dari forblogger sangat bebesar hati dengan respon para penjawat awam yang perihatin di komen bawah entri ini.

Read More